Friday, 24 October 2014

6 Perkara Mengenai KUASA MINDA

Tahukan anda Minda manusia mempunyai kekuatan yang luar biasa jika kita tahu untuk menggunakannya. Bagaimana kita nak menggunakan Minda Bawah Sedar untuk jadikan diri kita POSITIF?. Analoginya begini :

Jika kita Fikirkan sesuatu yang POSITIF, kita akan zahirkan Emosi POSITIF dan seterusnya Tindakan POSITIF. Bermakna, kita kena fikirkan yang baik-baik, agar result yang kita dapat juga adalah sepertimana apa yang kita fikirkan.
Anda akan bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. 

Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan. Demikianlah apabila anda tidak langsung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.”

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.

Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya sampai kepada anda.

Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik kembar dan rakan seiras.

3) Daya Magnet dalam fikiran beremosi

Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang pemikiran yang sealiran.

Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.

4) Mengawal minda untuk lebih berjaya

Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak mahu marah anda tidak akan marah.

Orang boleh menjadi terlalu sedih kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih. Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan, ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri. Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.

5) Dua pemikiran dalam masa yang sama

Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon.
Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu lebih pandai mengawal emosi.

6) Minda teransang melalui SOLAT dan DOA

Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia. Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan minda melalui fikiran yang lebih terfokus.



Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.


(credit : Rohana Saad)

Makanya, sedar atau tidak, kuasa minda ini mampu mempengaruhi kehidupan dan potensi manusia. Makanya, berfikirlah baik-baik, berkata yang positif walaupun anda sedang bercakap dengan diri sendiri, kerana apa yang anda yang imaginasikan, percaya atau buat menjadikan ia satu doa kepada anda tanpa anda sedari. 

Jika anda  mendapatkan supplement, penjagaan diri & kecantikan dan penjagaan rumah dari rangkaian produk Shaklee, boleh hubungi saya :



011-2194 1035 - Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
Airis Rissa
SID : 967801
Page: Top Natural Supplements   
FB : Airis Rissa                                            

Email: airis.rissa@gmail.com      
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos

Wednesday, 22 October 2014

Asid Folic : Mengapa Di Perlukan Ibu Hamil

Anda merancang untuk hamil? Atau anda sedang hamil pada ketika ini?. Tempoh 3 bulan pertama merupakan tempoh yang sangat penting untuk ibu hamil. Pada waktu ini, kemungkinan ibu akan mengalami loya atau 'morning sickness'. Maka, ibu hamil perlulah menjaga pemakanan mereka.

Asid folik merupakan mineral yang penting kepada ibu hamil terutama sekali bagi 3 bulan yang pertama. Kuantiti asid folik yang mencukupi boleh melindungi bayi dalam kandungan daripada kecacatan terutamanya melibatkan otak dan saraf tunjang atau tulang belakang. Spina bifida merupakan salah satu kecacatan tulang belakang yang mana tulang belakang tidak terbentuk dengan sempurna.




Walau bagaimanapun, kecacatan tulang belakang dapat dicegah sekiranya wanita hamil mengambil asid folik yang mencukupi. Wanita yang merancang untuk hamil juga disarankan untuk mengambil asid folik sebagai persediaan hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, saranan pengambilan adalah sebanyak 180 mikrogram manakala 400 mikrogram bagi wanita hamil. 

Kebanyakkan wanita yang mengambil pil perancang kehamilan, mempunyai tahap asid folik yang rendah. Namun, tempoh 3 bulan yang pertama, merupakan pembentukan sistem saraf pusat janin. Oleh itu, wanita yang bercadang untuk hamil sangat-sangat disarankan untuk mengambil asid folik.

Apakah kelebihan Vitamin B-Complex Shaklee untuk ibu hamil?. Sudah tentunya Vitamin B-Complex Shaklee lengkap dengan 8 kumpulan B vitamin termasuklah asid folic. Sebab itulah Vitamin B-Complex Shaklee ini baik untuk ibu hamil mahupun ibu di dalam pantang dan menyusu.



Tahukan anda, kandungan asid folik dalam makanan akan musnah jika sumber makanan dimasak secara 'overcook'. Oleh itu, masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Anda juga boleh mencuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.
(sumber: babycenter.com)

Begitulah kepentingan asid folic kepada individu. Asid folic diperlukan untuk semua orang tidak kira lelaki atau wanita bagi pembentukan dan pertumbuhan sel di dalam tubuh. Walau bagaimanapun, asid folic amat penting untuk wanita yang merancang untuk hamil dan juga wanita yang sedang hamil. 


Bagaimanapun, apa jua suplemen yang hendak diambil oleh ibu hamil, perlulah mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

Untuk mendapatkan Vitamin B-Complex dan suplemen untuk ibu hamil, boleh hubungi saya :



011-2194 1035 - Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
Airis Rissa
SID : 967801
Page: Top Natural Supplements   
FB : Airis Rissa                                            

Email: airis.rissa@gmail.com      
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos




Tuesday, 21 October 2014

Testimoni Pengguna Collagen Powder

Last month, sewaktu promosi Collagen Powder Shaklee, customer saya rebut peluang beli 2 kotak Collagen Powder Shaklee. Untuk yang tak tahu macam mana rupanya, collagen powder shaklee ini jenis serbuk. 1 kotak ada 15 sachet. Yang menjadikan collagen powder shaklee ini lain daripada lain ialah ianya natural dan tiada pemanis (sbb tu SCP elok dicampurkan dengan Performance Drink or minuman kegemaran anda!). Jom lihat testimoni customer yang consume baru 5 sachet Collagen Powder Shaklee, belum habis sekotak pun lagi, tp hasilnya memang kebabommmm..:)

Testimoni 1
Testimoni 1 
Top Natural Supplements
Testimoni 2
Testimoni 3

Testimoni 4
Testimoni 5
Testimoni 6
 Testimoni 7
 Testimoni 8

Testimoni 9
Testimoni 10

Dah lihat hasil COLLAGEN POWDER SHAKLEE? Nak Collagen Powder? Memang sangat puas hati dan berkesankan, jadi cepat-cepat hubungi saya. Saya adalah Pengedar SHAKLEE Kuantan, Pahang.

Jika anda ingin mendapatkan mendapatkan supplemen Produk Shaklee, saya adalah pengedar sah Shaklee Kuantan. Hubungi saya:



011-2194 1035
Airis Rissa-
Pengedar SHAKLEE Kuantan, Pahang
ID: 967801
Page: Top Natural Supplements   
FB : Airis Rissa                                            

Email: airis.rissa@gmail.com      
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos



Saturday, 18 October 2014

Diet Ibu Hamil Bekerja

Diet ibu hamil yang bekerja penting untuk ibu kerana sudah tentunya berhadapan rutin seharian yang memenatkan. Oleh itu, ibu hamil hendaklah menitikberatkan diet pemakanan yang diambil agar seimbang, memenuhi keperluan zat dan berkualiti. Pemakanan yang diambil bukan sahaja untuk memastikan kesihatan ibu hamil pada tahap yang baik dan bertenaga, malah bagi perkembangan bayi yang dikandung oleh ibu. Kesibukan ibu bekerja menyebabkan ada kalanya ibu mengambil ringan tentang tahap pemakanan atau diet pemakanan yang tidak seimbang terutama untuk pertumbuhan janin dalam kandungan ibu.


Trimester Pertama (3 bulan pertama)


Pada tempoh tempoh 3 bulan pertama, ibu akan mengalami mual, loya dan muntah menyebabkan anda tidak lalu untuk menyentuh makanan. Ini akan menyebabkan badan ibu akan kekurangan zat makanan. Bagi ibu bekerja, mengalami 'morning sickness' yang teruk pasti akan menjejaskan tugas harian ibu di pejabat. Cuba atasi perkara ini dengan memilih makanan yang ringan seperti biskut kraker, kurma dan makan secara kerap tetapi sedikit-sedikit. Elakkan mengambil makanan yang berminyak, bergoreng dan berempah. Pada peringkat ini, ibu hamil boleh mengambil makanan tambahan/supplement untuk memastikan ibu memperolehi tenaga bagi menjalankan tugas seharian di pejabat.


Trimester Kedua (3 bulan kedua)

Pada tempoh empat bulan ke atas, janin di dalam kandungan ibu mula membesar. Sebahagian daripada berat ibu ketika mengandung berlaku pada bulan keenam dan ketujuh. Pada dua bulan terakhir, otak janin mula berkembang dengan cepat. Pada tempoh ini sel-sel otak janin tumbuh dengan subur. Maka ibu hamil perlulah lebih prihatin walau sesibuk manapun anda. Kekurangan pemakanan pada waktu  ini boleh mempengaruhi pertumbuhan otak bayi.


Apakah kandungan zat dalam pemakanan bagi ibu hamil?

Ibu hamil memerlukan pertambahan makanan yang berkualiti untuk ibu dan janin dalam kandungan. BERKUALITI di sini bermaksud zat dan nilai dalam pemakanan tersebut.

1. Protein

Bagi  janin dalam kandungan ibu hamil, makanan yang mengandungi protein seperti daging, ikan, telur, susu, keju, tauhu dan kekacang. Tambahan protein sekurang-kurangnya 10gm diperlukan untuk pembentukan otot, kulit, rambut dan kuku.

2. Kalsium 

Pengambilan kalsium amat penting bagi ibu hamil. Kalsium diperlukan untuk membentuk tulang dan gigi, perkembangan otot dan saraf bayi dalam kandungan. Semasa peringkat awal mengandung, tulang ibu menyimpan kalsium. Semasa trimester ketiga, kalsium daripada ibu dipindahkan kepada janin. Pada minggu-minggu akhir kehamilan, lebih 300mg kalsium sehari dipindahkan kepada janin. Kebanyakan kalsium pada janin dikumpul semasa trimester ketiga. 

Manakala, pada trimester akhir, empat cawan susu sehari akan memenuhi keperluan kalsium bagi ibu hamil. Bagi ibu yang tidak suka minum susu, ibu perlukan alternatif kalsium seperti suppement bagi menampun keperluan kalsium bagi ibu hamil. Ini kerana kalsium ibu hamil akan dipindahkan kepada bayi dalam kandungan ibu.

3. Zat Besi

Keperluan zat besi bukan sahaja untuk ibu hamil, malah janin yang membesar memerlukan zat besi untuk darahnya sendiri. Penyerapan zat besi meningkat hampir tiga kali ganda akibat peningkatan transferin, iaitu protein yang menyerap dan membawa zat besi.

Janin mengambil zat besi daripada ibu untuk keperluannya dari kelahiran sehinggalah berumur empat bulan. Oleh itu, penting bagi wanita hamil untuk mendapat zat besi yang mencukupi dalam diet makanan ibu hamil. Keperluan zat besi ini juga penting untuk ibu hamil bagi menggelakkan asbab kurang darah atau anemia.



4. Pengambilan Vitamin / Supplement

Vitamin atau supplement tambahan diperlukan bagi ibu-ibu hamil yang bekerja. Sekiranya ibu hamil membuat pemeriksaan di hospital/klinik kerajaan, sudah pasti doktor akan membekalkan vitamin untuk ibu hamil. Vitamin diperlukan untuk melancarkan perjalanan darah dalam tubuh ibu hamil.

Makanan yang mengandungi Vitamin B-Complex terdapat dalam kekacang. Vitamin A pula terdapat dalam kuning telur, susu, hati, sayur-syurn dn buh-buahan berwarna hijau serta kuning kemerahan. Vitamin C banyak terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran.

5. Makanan yang Halal

Sumber makanan yang halal haruslah dititikberatkan oleh ibu hamil. Ini disebabkan makanan yang  halal lagi diredhai Allah akan menjadi darah daging janin yang dikandung seterusnya mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan janin di dalam kandungan. Jauhi makanan dari sumber-sumber yang diragui punca halalnya.

Firman Allah bermaksud :

"Hai orang-orang yang beriman, makanlan di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya sahaja kamu menyembah." (Al-Baqarah:172).

Jika anda ingin mendapatkan konsultasi percuma atau ingin mendapatkan suplemen Shaklee, saya adalah pengedar sah shaklee Kuantan. Hubungi saya:



011-2194 1035
Airis Rissa -
Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
ID: 967801
Page: Top Natural Supplements   
FB : Airis Rissa                                            


Email: airis.rissa@gmail.com      
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos

Tuesday, 14 October 2014

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)

1. Apakah Protein Energizing Soy atau ESP?

Ia adalah protein soya yang berkualiti tinggi. ESP dalam bentuk serbuk dan ESP boleh dicampur dengan minuman kegemaran anda seperti milo, horlicks, susu atau buah-buahan. Amat digalakkan dibancuh dengan air sejuk atau suam demi memelihara protein supaya tidak musnah pada suhu yang tinggi.

2. Antara ESP dengan Alfalfa, yang mana terbaik untuk Ibu Menyusu?

Protein membantu pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Alfalfa juga mengandungi protein TETAPI dalam kuantiti yang sedikit daripada ESP. Malah, kedua-dua baik untuk Ibu menyusu namun kesannya adalah berbeza untuk setiap individu.


3. Berapa lama ESP boleh digunakan?
 

ESP disarankan diambil 3 sudu sehari, setiap kanister ESP boleh bertahan sehingga satu bulan setengah.

4. Bagaimana rasa ESP?
 

ESP Shaklee berperisa soya. Jika anda tidak suka rasa soya, ada pelbagai resepi ESP yang akan dicadangkan kepada anda.

5. Kenapa ESP Shaklee menjadi HOT SELLER dan mendapat PERMINTAAN YANG TINGGI.
 

Bagi anda yang mementingkan KESIHATAN, KECANTIKAN Dan KEKAK BERTENAGA, ESP adalah pilihan yang baik. ESP sesuai untuk :

a. Ibu-ibu yang menyusukan bayi, hamil/ berpantang.

b. Mereka yang sibuk: ESP membantu untuk tenaga yang berpanjangan, badan lebih sihat dan kekal cergas.
mpur ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberi anda rasa kenyang lebih lama.

c. Mereka yang ingin menguruskan badan: hanya campur ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, akan memberikan anda rasa kenyang lebih lama.

d Pesakit Diabetes: Mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.

e. Kecantikan kulit muka: Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri untuk si dia tersayang. BESTNYERR!!!

ESP for all - Untuk semua golongan, lelaki dan wanita, selepas pembedahan, kesuburan, kecantikan, menguruskan badan dan menambah tenaga.  

Untuk mendapatkan ESP Shaklee, konsultasi percuma dan mendaftar sebagai ahli, hubungi :



011-2194 1035 - Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
Airis Rissa
SID : 967801
Page: Top Natural Supplements   
FB : Airis Rissa                                            
Email: airis.rissa@gmail.com      
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos 

3 Tips Kehamilan

Apakah yang perlu saya lakukan untuk memastikan bahawa bayi saya sihat? Persoalan itu seringkali difikiran ibu-ibu terutama untuk yang baru menjadi ibu pertama kalinya. Berikut tips kehamilan untuk rujukan anda.

1. VARIASIKAN PEMAKANAN ANDA

Pilihan pemakanan  yang pelbagai akan memastikan anda mendapat nutrien yang mencukupi.  Bagi ibu hamil memerlukan tambahan 300 kalori sehari berbanding wanita tidak hamil. Pernahkah anda  mendengar, ibu yang hamil makan untuk dua orang?. Penambahan keperluan kalori penting bagi memastikan perkembangan dan pertumbuhan bayi yang sihat. 


Untuk memastikan bayi yang sihat,anda disarankan untuk mengelakkan makanan mentah seperti daging//ayam/ikan yang dimasak separa masak untuk mengurangkan peluang keracunan makanan yang boleh menyebabkan keguguran.  Anda juga perlu mengelakkan mengambil pemanis tiruan. Apa kata anda gantikan pemanis tiruan kepada buah-buahan yang tentunya natural dan menyihatkan. Tetapi, pastikan juga ye cara basuhan buah/sayur hendaklah betul dan bersih. 

Bagi perkembangan otak bayi, ibu hamil memerlukan sumber-sumber daripada Omega-3 asid lemak. Jika sepanjang kehamilan, anda alahan kepada ikan atau makanan laut, ibu disarankan mencari pengganti sumber kepada kapsul minyak ikan yang mengandungi  Omega-3 asid lemak, DHA dan EPA. Walau bagaimanapun pada trimester pertama, elakkan mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan vitamin A dan retinol yang boleh memudaratkan bayi anda. 



2. PASTIKAN ANDA MENGAMBIL VITAMIN/SUPLEMEN

Untuk mengatasi loya atau mual paling biasa dalam trimester yang pertama, anda boleh sediakan teh halia untuk melegakan perut dan mengurangkan loya atau mengambil vitamin B6 atau multivitamin dalam dos yang disyorkan 10 hingga 25 miligram tiga hingga empat kali setiap hari. Dengan mengambil suplemen/ vitamin semasa kehamilan, dapat mengurangkan simptom alahan yang teruk. Walau bagaimanapun anda dinasihatkan berjumpa doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang suplemen tambahan semasa kehamilan.

Semasa kehamilan, anda mungkin akan berhadapan dengan masalah sembelit, buasir dan sakit belakang disebabkan peningkatan berat badan anda.  Kekurangan Vitamin C dan Omega-3 asid lemak akan mendorong anda kepada masalah gusi yang lebih sensitif dan sakit sendi. 

Selain itu, mengambil multivitamin dan mineral yang mengandungi zat besi (30 miligram setiap hari adalah ideal untuk mencegah anemia) dan Vitamin B-Complex, termasuk asid folik (400 mikrogram setiap hari adalah disyorkan untuk membantu mencegah kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan anencephaly). Keperluan Vitamin D mengelakkan beberapa masalah semasa mengandung dan mengurangkan risiko kelahiran bayi low-birth-weight .



3. SENAMAN RINGAN

Bagi ibu hamil yang tiada komplikasi kehamilan, anda boleh melakukan sedikit senaman ringan seperti berjalan, yoga atau berenang ataupun senaman yang mendapat nasihat daripada doktor. Elakkan melakukan senaman yang berat yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada anda dan bayi anda. 


Perlu diingatkan bahawa hormon elastin yang dikeluarkan semasa mengandung, akan membuat sendi anda kurang stabil dan berisiko mengalami kecederaan. Disebabkan itu, ibu hamil tidak digalakkan melakukan senaman yang boleh memberikan risiko dan kecederaan kepada ibu berisiko.

Faedah bersenam ketika mengandung :

- Risiko untuk mengalami masalah tekanan darah adalah rendah.

- Meningkatkan pemulihan selepas bersalin.

- Meningkatkan stamina.

- Mengurangkan kekejangan yang sering berlaku semasa mengandung.

- Mengurangkan risiko sakit belakang (back pain).

- Mengurangkan risiko penambahan berat badan selepas bersalin.  

- Mengurangkan risiko daripada kemurungan.

- Memudahkan proses melahirkan anak.


Lakukan senaman yang paling selamat untuk anda. Sentiasa merujuk kepada doktor untuk aktiviti senaman anda. 


Untuk dapatkan vitamin atau produk Shaklee,bolehlah hubungi saya:



011-2194 1035 - Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
SID : Airis Rissa
ID : 967801
Page: Top Natural Supplements   
FB : Airis Rissa                                            
Email: airis.rissa@gmail.com      
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos

Saturday, 11 October 2014

SUSU IBU : Kebaikan Kepada Bayi

Mengapa susu ibu penting?. Dalam Islam pun amat menggalakkan tempoh ideal penyempurnaan penyusuan bayi adalah sehingga 2 tahun bagi kebaikan si bayi. Maka, amat penting memastikan agar SUSU IBU mengandungi NUTRIEN yang diperlukan oleh bayi sepanjang tempoh penyusuan.


10 KEBAIKAN SUSU IBU

1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi anda.

2. Susu ibu mengandungi kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.

3. Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut pada bayi.

4. Susu ibu mengandungi zat nutrisi yang penting untuk perkembangan otak si bayi.

5. Mengelakkan pencemaran akibat daripada kaedah menyediakan penyusuan yang lain.

6. Menjimatkan masa dan kos. Susu ibu mudah diperolehi dan dinikmati oleh bayi anda pada bila-bila masa. Tidak perlu untuk membeli susu formula, tiada masalah bancuhan atau memanaskan susu.

7. Susu ibu telah terbukti memberikan khasiat yang terbaik untuk bayi.

8.  Dakapan si ibu dapat memberikan ketenangan dan keselesaan pada si bayi.

9. Pelukan si ibu dapat menjalinkan hubungan kasih sayang antara bayi dan ibu berbanding kaedah penyusuan yang lain.

10. Penyusuan Ekslusif sehingga tempoh 2 tahun memberikan pertumbuhan bayi keseluruhannya dengan baik.

Semoga ibu-ibu di luar dapat pastikan bayi anda cukup keperluan nutrisi kerana apa yang anda makan, apa yang anda ambil disalurkan kepada bayi. Susu badan terbentuk daripada makanan yang masuk ke dalam tubuh. Beri peluang kepada bayi anda untuk menikmati susu yang bermutu daripada si ibu.

Untuk dapatkan suplemen Shaklee, anda boleh hubungi saya :



011-2194 1035
Airis Rissa
967801
Page: Top Natural Supplements   
FB : Airis Rissa                                            
Email: airis.rissa@gmail.com      
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos