Monday, 3 November 2014

Kepentingan DETOX

DETOX...Kita selalu sahaja menyebut mengenai detox. Apakah kelebihan detoksifikasi badan dan mengapa ia diperlukan? Mengapa detox menjadi penting kepada kita?



Akibat daripada tabiat pemakanan dan gaya hidup kita pada masa kini, kita sering terdedah kepada bahan-bahan pencemaran dan tabiat makanan kita seperti makanan segera (fast food), merokok, sayur dan buah yang tercemar dengan bahan-bahan kimia menyebabkan kesihatan kita akan terganggu. 

Akibatnya, kuasa melawan penyakit akan menurun disebabkan sistem imunisasi badan yang lemah. Keadaan ini boleh meyebabkan pengumpulan toksik pada badan kita. Apa kaitannya detox dan toxin ni? Cuba semak, adakah anda mempunyai toksin yang berlebihan. Apakah akibatnya jika kita membiarkan toksin di dalam badan tanpa dinyahtoksinkan?

Apakah itu Detox?

Detox adalah penyahtoksik badan iaitu proses membersihkan dan menyingkirkan toksik dalam badan manusia atau lebih senang diistilahkan sebagai 'buang toksin'. Kebiasaanya, proses detox berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan. 

Sekiranya badan kita gagal untuk detox secara semula jadi, kita akan lebih terdedah kepada pebagai penyakit seperti keletihan, insomnia, sakit perut, gangguan pergerakan usus, dan juga kembung. Sistem imunisasi kita juga akan terganggu dan mudah sakit seperti demam, selsema dan elergi.

Usus dan hati adalah organ manusia yang terlibat semasa proses detox. Segala penyerapan nutrient kita berlaku di usus  dan bukannya di perut. Tugas perut hanyalah untuk digest makanan supaya jadi lumat. Segala vitamin dan mineral yang kita ambil,  akan diserap melalui usus kecil dan dibawa ke salur darah kita.



Tapi, bagaimana pula jika tidak pernah menyahtoksikan atau detox tubuh badan kita? Segala kekotoran akan melekat pada usus kecil, jika kita tidak membersihkan usus kita, usus akan menjadi kotor dan toksik. 

Samalah seperti halnya dengan kereta. Kita akan selalu melakukan servis kereta dari semasa ke semasa bagi memastikan kereta kita in a good condition kan?. Begitu juga dengan badan kita. Sebab itulah pentingnya kita detox bagi tujuan membersihkan usus.

Kelebihan Detox

1. Beri tenaga dan fokus
2. Berat badan yang sihat
3. Kulit yang sihat dan nampak lebih segar
4, Meningkatkan keadaan emosi kita
5. Kesihatan bertambah baik,
6. Meningkatkan sistem kekebalan badan

Apakah itu Toxin (toksin)?

Toxin atau toksik adalah bahan buangan beracun dan kekotoran yang boleh membahayakan sistem tubuh badan manusia. Dari mana toksik ini datang? 

Toksik ada disekeliling kita. Berpunca daripada pencemaran, asap rokok, asap kenderaan, debu-debu jalanan, habuk yang berterbangan di udara, sabun pencuci, bahan makanan dan minuman yang telah dicampur dengan bahan-bahan kimia seperti bahan pengawet, perisa tambahan, bahan pewarna  dan sebagainya. 

Kesannya menyebabkan darah berasid, sistem perjalanan darah terjejas dan mengundang penyakit-penyakit kronik seperti strok, darah tinggi, diabetes dan sakit jantung.

Tanda-tanda anda perlu Detox

Adakah anda mengalami masalah-masalah ini. Jom kita check antara masalah-masalah yang sering di alami akibat pengumpulan toksin yang berlebihan seperti :
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Letih dan tiada tenaga
  • Perut kembung dan bergas
  • Nafas berbau
  • Perut berlipat
  • Keinginan makan berlebihan
  • Kulit berminyak, berjerawat dan kusam.
  • Bahagian keliling mata, celah peha, bawah lengan menjadi gelap.
  • Selulit
  • Selalu sakit disebabkan daya imunisasi yang lemah
  • Peredarah darah yang lemah
Jika anda kerap mengalami simptom-simptom di atas, itu tandanya anda perlu menyahtoksikan/detox badan anda.

Kenapa kita perlu detox? 

Setiap hari kita terdedah dengan radikal bebas, pencemaran udara yang tercemar, racun dan serangga perosak, pengambilan ubat-ubatan, stress, merokok / terdedah dengan asap rokok, makanan yang diproses dan juga pemakanan yang tidak seimbang pada zaman moden ini meninggalkan lebih banyak kesan negatif kepada sistem badan dan LONGGOKAN TOKSIN banyak terkumpul dalam tubuh badan kita. 

Sepanjang proses detoksifikasi, organ-organ dalam tubuh badan membuang toksik berbahaya yang terkumpul di dalam badan kita sekian lama. Jangan salah sangka ye, walaupun seseorang itu kelihatan kurus dan sihat, tidak semestinya badannya tidak mempunyai toksin. 

Pendedahan kepada pencemaran dan gaya hidup menyebabkan tubuh badan kita mengumpul toksin yang tidak berguna dan sekiranya tidak detox, toksin yang terkumpul boleh meninggalkan kesan yang buruk pada badan.

Dengan detox akan membantu menyingkirkan bahan-bahan yang tidak berguna di dalam badan serta mengembalikan tubuh badan yang sihat. Jika toksin tidak dihapuskan, boleh menyebabkan kerosakan dalam badan dan berpotensi menyumbang kepada pelbagai gejala dan penyakit kronik. 

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan. Lantaran itu, amalan menyahtoksik kotoran  dalam badan penting untuk memastikan sistem badan dapat berfungsi dengan baik.



Bagaimana nak Detox?

1. Minum air kosong 

Kita semua tahu kuasa air. Kuasa air dapat melembutkan batu yang keras. Begitu juga kuasa air kepada sistem tubuh badan manusia. Minum air kosong yang banyak dapat membersihkan buah pinggang daripada segala toksin. Sbb tu, petua orang tua-tua, sejurus selepas bangun tidur pagi, minum segelas air putih. Disamping untuk awet muda dapat membersihkan buah pinggang kita.heheheh...

Bayangkanlah, kita cuma ada sepasang buah pinggang. 

Dengan hanya sepasang buah pinggang, memproses segala makanan yang kita makan, ditambahi pula dengan toksin yang kita perolehi daripada persekitaran, sudah cukup untuk membebankan buah pinggang kita. Adakah buah pinggang kita mampu tapis segala toksin dalam badan?.

Jika seseorang hanya minum sedikit air sahaja, buah pinggang akan berfungsi pada kadar yang kurang cekap dan ini menjejaskan fungsi hati yang berperanan menghasilkan metabolisme. Ini akan menyebabkan kadar pembakaran lemak badan berkurangan menyebabkan lemak semakin terkumpul di dalam tubuh. 

Oleh itu, minumlah lebih banyak air untuk mendapatkan banyak manfaat kesihatan dan kulit juga akan semakin baik. Berapa kandungan air perlu diminum adalah bergantung kepada berat badan anda. Katakanlah berat badan anda ialah 60kg, maka pengiraan keperluan air begini :

60kg (Berat badan) x 40 = 2400 ml /2.4 Liter

2. Berpuasa

Detox juga oleh dilakukan dengan berpuasa. Cara ini dapat membantu badan mejalankan proses membuang toksin secara alami. 

3. Sayuran/Buahan/Makanan organik

Lebihkan memakan sayur-sayuran kampung sepert ulam-ulaman dan buah-buahan sebagai agen detox secara semulajadi.

4. Bersenam secara kerap

Bersenam secara kerap akan meningkatkan kadar metabolisme tubuh yang seterusnya membantu pembakaran lemak. Ini bukan hanya akan memperbaiki perjalanan darah, malah juga membantu meningkatkan semangat anda. Bersenamlah secara kerap selama 30 minit, 3 hingga 5 kali seminggu untuk kebaikan maksimum kesihatan anda.

5. Bantuan supplemen SET DETOX Shaklee

Detox juga boleh dilakukan dengan mengambil suplemen tambahan seperti Phytocol-ST Shaklee, Alfalfa Shaklee, Herb Lax Shaklee dan DTX Complex Shaklee.




Phytocol-ST  
Dalam Phytocol-ST ada nutrient iaitu fitosterol yang menghalang penyerapan kolesterol. Apabila kita mengambil makanan yang mengandungi kolesterol,  fitosterol ini akan menghalang penyerapan kolesterol ke dalam salur darah. 

Apabila terlalu banyak kolesterol masuk ke dalam salur darah, akan menyebabkan penyakit seperti darah tinggi dan kolesterol yang tinggi. Kolesterol yang tinggi boleh mengakibatkan salur darah menjadi sempit yang memberi kesan kepada jantung.

Phytocol-ST Shaklee juga membantu membuang toksin dan membersihkan usus dan membuang minyak yang berlebihan. Apa yang tidak masuk di dalam usus kecil disebabkan fungsi fitosterol tadi, akan pergi ke usus besar. Semua bahan yang ada diusus besar akan dikeluarkan melalui proses pembuangan. Maka penyerapan vitamin-vitamin yang lain akan menjadi lebih baik.


Alfalfa Complex

Alfalfa Complex mempunyai kandungan vitamin, mineral termasuklah serat yang tinggi dan membantu dalam proses pembuangan agar lebih lancar dan agen penyahtoksik pada badan. Badan kita yang sangat terdedah pada pencemaran menyebabkan makin banyak toksin makin banyak berasid dalam badan. Fungsi Alfalfa ini akan meneutralkan asid dalam badan. Penyerapan Alfalfa yang sempurna memberikan badan kita lebih bertenaga dan segar.

Herb Lax
Diperbaut daripada Daun Senna. Kebaikan Herb Lax ini bagi mengatasi masalah sembelit dan penyahtoksin badan disamping mempunyai khasiat untuk usus kita supaya lebih sihat secara semulajadi. Herb Lax juga amat disarankan bagi mereka yang hendak menurunkan berat badan bagi memastikan usus dicuci bagi penyerapan vitamin-vitamin lebih berkesan.

DTX Complex

Setiap hari badan kita kita mempunyai toksin termasuklah Hati. Hati yang tidak sihat akan memberi tanda seperti mata putih berwarna kuning, air kencing berwarna kuning yang terlalu pekat, rasa letih dan loya tanpa sebab. Sekiranya mempunyai tanda-tanda seperti ini, bermakna hati banyak toksin dan tidak sihat. 

DTX Complex membantu untuk proses nyahtoksin dan men'generate'kan hati supaya lebih sihat. Amat penting bagi kita menjaga hati supaya sentiasa sihat kerana kesihatan semua organ badan mampu mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat penyakit.

Anda nak yang mana satu? 

Jika anda ingin mendapatkan mendapatkan SET DETOX Shaklee, saya adalah pengedar sah Shaklee Kuantan. Hubungi saya:



011-2194 1035 - Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
Airis Rissa
SID : 967801
Page: Top Natural Supplements   
FB : Airis Rissa                                            

Email: airis.rissa@gmail.com      
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda.