Diet ibu hamil yang bekerja penting untuk ibu kerana sudah tentunya berhadapan rutin seharian yang memenatkan. Oleh itu, ibu hamil hendaklah menitikberatkan diet pemakanan yang diambil agar seimbang, memenuhi keperluan zat dan berkualiti. Pemakanan yang diambil bukan sahaja untuk memastikan kesihatan ibu hamil pada tahap yang baik dan bertenaga, malah bagi perkembangan bayi yang dikandung oleh ibu. Kesibukan ibu bekerja menyebabkan ada kalanya ibu mengambil ringan tentang tahap pemakanan atau diet pemakanan yang tidak seimbang terutama untuk pertumbuhan janin dalam kandungan ibu.
Trimester Pertama (3 bulan pertama)
Pada tempoh tempoh 3 bulan pertama, ibu akan mengalami mual, loya dan muntah menyebabkan anda tidak lalu untuk menyentuh makanan. Ini akan menyebabkan badan ibu akan kekurangan zat makanan. Bagi ibu bekerja, mengalami 'morning sickness' yang teruk pasti akan menjejaskan tugas harian ibu di pejabat. Cuba atasi perkara ini dengan memilih makanan yang ringan seperti biskut kraker, kurma dan makan secara kerap tetapi sedikit-sedikit. Elakkan mengambil makanan yang berminyak, bergoreng dan berempah. Pada peringkat ini, ibu hamil boleh mengambil makanan tambahan/supplement untuk memastikan ibu memperolehi tenaga bagi menjalankan tugas seharian di pejabat.
Trimester Kedua (3 bulan kedua)
Pada tempoh empat bulan ke atas, janin di dalam kandungan ibu mula membesar. Sebahagian daripada berat ibu ketika mengandung berlaku pada bulan keenam dan ketujuh. Pada dua bulan terakhir, otak janin mula berkembang dengan cepat. Pada tempoh ini sel-sel otak janin tumbuh dengan subur. Maka ibu hamil perlulah lebih prihatin walau sesibuk manapun anda. Kekurangan pemakanan pada waktu ini boleh mempengaruhi pertumbuhan otak bayi.
Apakah kandungan zat dalam pemakanan bagi ibu hamil?
Ibu hamil memerlukan pertambahan makanan yang berkualiti untuk ibu dan janin dalam kandungan. BERKUALITI di sini bermaksud zat dan nilai dalam pemakanan tersebut.
1. Protein
Bagi janin dalam kandungan ibu hamil, makanan yang mengandungi protein seperti daging, ikan, telur, susu, keju, tauhu dan kekacang. Tambahan protein sekurang-kurangnya 10gm diperlukan untuk pembentukan otot, kulit, rambut dan kuku.
2. Kalsium
Pengambilan kalsium amat penting bagi ibu hamil. Kalsium diperlukan untuk membentuk tulang dan gigi, perkembangan otot dan saraf bayi dalam kandungan. Semasa peringkat awal mengandung, tulang ibu menyimpan kalsium. Semasa trimester ketiga, kalsium daripada ibu dipindahkan kepada janin. Pada minggu-minggu akhir kehamilan, lebih 300mg kalsium sehari dipindahkan kepada janin. Kebanyakan kalsium pada janin dikumpul semasa trimester ketiga.
Manakala, pada trimester akhir, empat cawan susu sehari akan memenuhi keperluan kalsium bagi ibu hamil. Bagi ibu yang tidak suka minum susu, ibu perlukan alternatif kalsium seperti suppement bagi menampun keperluan kalsium bagi ibu hamil. Ini kerana kalsium ibu hamil akan dipindahkan kepada bayi dalam kandungan ibu.
3. Zat Besi
Keperluan zat besi bukan sahaja untuk ibu hamil, malah janin yang membesar memerlukan zat besi untuk darahnya sendiri. Penyerapan zat besi meningkat hampir tiga kali ganda akibat peningkatan transferin, iaitu protein yang menyerap dan membawa zat besi.
Janin mengambil zat besi daripada ibu untuk keperluannya dari kelahiran sehinggalah berumur empat bulan. Oleh itu, penting bagi wanita hamil untuk mendapat zat besi yang mencukupi dalam diet makanan ibu hamil. Keperluan zat besi ini juga penting untuk ibu hamil bagi menggelakkan asbab kurang darah atau anemia.
4. Pengambilan Vitamin / Supplement
Vitamin atau supplement tambahan diperlukan bagi ibu-ibu hamil yang bekerja. Sekiranya ibu hamil membuat pemeriksaan di hospital/klinik kerajaan, sudah pasti doktor akan membekalkan vitamin untuk ibu hamil. Vitamin diperlukan untuk melancarkan perjalanan darah dalam tubuh ibu hamil.
Makanan yang mengandungi Vitamin B-Complex terdapat dalam kekacang. Vitamin A pula terdapat dalam kuning telur, susu, hati, sayur-syurn dn buh-buahan berwarna hijau serta kuning kemerahan. Vitamin C banyak terdapat pada buah-buahan dan sayur-sayuran.
5. Makanan yang Halal
Sumber makanan yang halal haruslah dititikberatkan oleh ibu hamil. Ini disebabkan makanan yang halal lagi diredhai Allah akan menjadi darah daging janin yang dikandung seterusnya mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan janin di dalam kandungan. Jauhi makanan dari sumber-sumber yang diragui punca halalnya.
Firman Allah bermaksud :
"Hai orang-orang yang beriman, makanlan di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya sahaja kamu menyembah." (Al-Baqarah:172).
Jika anda ingin mendapatkan konsultasi percuma atau ingin mendapatkan suplemen Shaklee, saya adalah pengedar sah shaklee Kuantan. Hubungi saya:

011-2194 1035
Airis Rissa -Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
ID: 967801
Page: Top Natural Supplements
FB : Airis Rissa
Email: airis.rissa@gmail.com
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen anda.