Saturday, 8 November 2014

Tekak, usus & perut luka akibat mahu KURUS CEPAT

Sesetengah orang sanggup lakukan apa sahaja untuk cantik dan bergaya, tak kiralah perempuan ataupun lelaki. Pantang nampak cermin, mulalah membelek diri dan keluarlah cerita tentang diri sendiri.

Jadi, tidak hairanlah ada yang sanggup berhabisan wang ringgit untuk membeli barangan penjagaan diri, aksesori dan sebagainya. Apatah lagi, jika kerjaya mereka sendiri menuntut penampilan tampak cantik dan bergaya. Macam mana pula kalau dah jadi 'public figure'. Haaa..mereka ini mestilah kena pastikan perwatakan yang menarik, mempunyai kecantikan dan paras rupa yang segak dan tidak GEMUK!!. 

GEMUK bukan lagi jadi fobia kepada perempuan malah LEAKI juga!! Sebab takut gemuklah, sesetengah orang secara sedar atau tidak sanggup memuntahkan semula makanan yang diambil dan mengamalkan diet maut/melampau. Kebiasaan keadaan ini diistilahkan sebagai Anorexia dan Bulimia Nervosa. Kerana keasyikan nak menjadi kurus dengan cepat, mereka sanggup mendera diri sendiri menjolokkan jari ke dalam tekak dan memuntahkan balik makanan yang dah makan tu..Phewwwww...tak sanggupkan?? 



Apakah itu Anorexia/Bulimia Nervosa? 

Anorexia/Bulimia Nervosa adalah gangguan/kecelaruan tabiat makan (eating disorder) yang serius. Penghidap anorexia mengamalkan diet yang melampau manakala penghidap bulimia mengamalkan tabiat makan yang tidak sihat. Mereka akan makan makanan kegemaran dalam jumlah yang banyak dan kemudian memuntahkan semula. 

Tindakan itu bukan saja mencederakan anak tekak, tapi asid perut turut dibuang bagi memastikan tiada makanan tersisa. Tabiat kerap muntah juga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan garam dalam tubuh (elektrolit), menyebabkan kekejangan dan degupan jantung yang tidak teratur.
(credit:Fatin Hafizah)

Untuk kita mengenal golongan ini, ciri utama yang boleh dikenalpasti seperti :-

1. Penolakan kepada cara menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.
2. Rasa takut keterlaluan pada jarum penimbang akibat penaikkan berat badan.
3. Persepsi imej tubuh yang menyimpang iaitu gemuk adalah hodoh dan kurus adalah 
    cantik.
4. Kurus bagi mereka adalah penting, dan kesihatan tidak menjadi perhatian utama buat 
    mereka.
5. Tanggapan bahawa penurunan berat badan dapat dicapai dengan memuntahkan semula
    makanan.
6. Mengatakan 'TIDAK' kepada makanan.


Kesan Anorexia/Bulimia Nervosa 

1. Fizikal

Kekurangan tenaga dan lemah dan sukar memberi tumpuan.
- Kulit kering dan berkedut, rambut dan kuku mudah rapuh/pecah, sembelit dan    
  kembung akibat kekurangan zat. Kekurangan mineral dan vitamin juga boleh
  menyebabkan penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang.
- Gangguan kitaran haid/tidak datang haid dan cenderung dehidrasi.
- Kerosakan gigi dan gusi.
- Daya ingatan yang lemah.
- Pening, pengsan, dan sakit kepala.
- Pertumbuhan rambut halus di seluruh badan dan muka.
- Penghidap Anoreksia juga akan mengalami gangguan degupan jantung, rembesan hormon
   terjejas, kemandulan, tulang rapuh, ketidakseimbangan bahan galian dalam badan dan 
   gangguan pada sistem saraf.

2. Emosi

Rasa rendah diri, tidak berharga, sensitif, mudah tersinggung, mudah marah, rasa bersalah, kehilangan minat untuk berinteraksi, tidak yakin pada diri dan mengalami tekanan berpanjangan serta beranggapan diri gemuk!.

3. Psikologi

Simptom kemurungan/depresi, kecelaruan emosi, mengasingkan diri, kesepian, rasa tidak selamat, tekanan untuk menjadi sempurna, obses, cemas, hilang nafsu seks, atau perasaan di luar kawalan seperti cubaan membunuh diri.

Anoreksia boleh menyebabkan kematian akibat kelaparan atau cubaan membunuh diri. 

Rawatan dan pemulihan diberikan adalah dengan menerangkan kepada mereka mengenai pemakanan secara sihat dan seimbang diiringi latihan senaman betul untuk jangka masa panjang.





Rawatan 

Bagi kes yang serius, kemasukan ke wad diperlukan bagi rawatan yang berkesan. Ini termasuk membetulkan ketidakseimbangan cecair dan bahan galian dalam badan, serta mengembalikan status pemakanan kepada tahap yang normal dan sihat. Pegawai pemakanan dapat membantu merangka satu kaedah pemakanan yang seimbang lagi sihat agar berat badan dapat dicapai dengan jayanya.
Rawatan kognitif dan tingkah-laku berkesan dapat membantu dalam membetulkan salah tanggapan berkaitan cara pemakanan. Terapi keluarga membantu ke arah pemulihan. Ubat- ubat khusus juga digunakan untuk merawat penyakit mental yang berkaitan.
Cara Pencegahan
Memaparkan bentuk dan susuk badan wanita secara realistik di media massa sangat penting kerana ia mempunyai pengaruh yang kuat kepada remaja dan dewasa muda. 
Memiliki susuk badan yang terlalu kurus tidak harus digalakkan untuk paparan di media-media. Keyakinan dan harga diri yang baik serta hubungan kekeluargaan yang positif dapat membendung masalah kecelaruan gaya pemakanan yang tidak sihat.
(credit:Fatin Hafizah)
Pemulihan
Pendidikan mengenai pemakanan secara sihat dan seimbang diiringi dengan latihan senaman yang betul dapat membantu pemulihan jangka panjang. Kemahiran-kemahiran lain seperti pembinaan harga diri yang baik, memperbaiki perhubungan keluarga yang positif dan memperkukuh jalinan sokongan psikososial juga sama penting
Berjauhan atau elakkan dari orang, tempat dan aktiviti-aktiviti yang mencetuskan obsesi untuk menjadi kurus. Hindari melihat fesyen majalah, rakan-rakan yang membicarakan tentang kurus itu cantik dan diet, dan bercakap mengenai turun berat badan dengan cepat.

Shaklee bantu cara KURUS dengan SIHAT

Supplement Shaklee adalah pilihan DIET yang selamat dan berkesan mengikut kepada consistency dan tindak balas badan.

Bagi SET KURUS Shaklee dengan 3 konsep iatu BAKAR, BUANG dan BINA yang terdiri:
  • Lecithin -berfungsi sebagai pemecah lemak bakar pelarut kolesterol dan lemak tepu yang lain. Lecithin menyebabkan lemak terapung dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat semula pada badan. Lecithin mampu membakar lemak dengan cepat jika disertakan dengan senaman. Pengambilan Lecithin 4000mg pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  • Omega Guard - Asid Lemak Omega-3 membantu anda mengawa rasa lapar dengan menstabilkan paras gula dalam darah dan membantu membakar lemak dan memecahkan lemak berlebihan dalam badan. Mengawal kolesterol dan membuang kolesterol tidak perlu.
  • Herb Lax - Tunggak kepada kuruskan badan ialah usus yang bersih. Herb-Lax detox usus, mencuci usus dan buang toksik di usus.
  • Alfalfa - membuang lemak yang telah dipecahkan oleh lecithin. Merupakan agen penyahtoksin.
  • Cinch Shake - Merupakan kaya dengan protein. Cinch Shake memberi rasa kenyang yang lebih lama. Pengambilan protein mengawal nafsu makan. Protein sangat diperlukan bagi meningkatkan metabolisme dan meningkakan pembinaan otot bagi menggelakkan kulit menggeleber. Dalam Cinch Shake ada 'LEUSINE' membantu menghilangkan dan membakar lemak dan pada masa yang sama memelihara otot.
  • Cinch Energy Tea - Memberi tenaga, kecergasan dan meningkatkan metabolisme. 1 sacet  ditambahkan dengan madu atau Performance Drink Shaklee untuk rasa yang lebih sedap.
  • Vita-Lea - Merupakan sumber mineral dan 28 jenis vitamin. Bagi penghidap Anorexia/Bulimia Nervosa, akibat diet yang melampau atau tabiat makan yang tidak sihat, Vita-Lea dapat menampung semula keperluan vitamin dan mineral daam tubuh badan mereka.
  • B-Complex - Bertindak sebagai agen anti-stress.
Mereka yang mengalami anorexia/bulimia nervosa  perlu mendapat rawatan dan sokongan bagi mendapatkan keyakinan diri semula. 

Jika tidak dirawat, pesakit anorexia/bulimia nervosa boleh merosakkan kesihatan dan juga mengancam nyawa sehingga boleh membawa MAUT!. Maka, pilihlah cara kurus dengan SIHAT dan SELAMAT. Love your self, ok :)
Jangan biarkan anorexia/bulimia nervosa menganggu nikmat hidup anda.
Dapatkan hari ini SET KURUS SHAKLEE Sekarang! Saya adalah pengedar sah Shaklee Kuantan. Hubungi saya:


011 - 1332 - 9787 - Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
Airis Rissa 
SID : 967801

Page: Top Natural Supplements   
FB : Airis Rissa                                            
Email: airis.rissa@gmail.com      
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos

1 comment:

  1. Bunuh diri dosa besar masuk neraka jahanam

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen anda.