Mengapa air penting kepada tubuh badan manusia? Tahukah anda
sebanyak 60% daripada berat tubuh badan manusia adalah terdiri daripada air.
Mengapa setiap kali kita diingatkan supaya minum banyak air terutama sekali
apabila kita konsum pengambilan suplemen. Fungsi penting AIR antaranya
membawa nutrien ke dalam sel badan, menyingkirkan toksin di dalam badan dan
memberi kelembapan di bahagian tisu hidung, telinga dan kerongkong.
Maka setiap sistem dalam badan kita bergantung kepada pengambilan
air. Ibarat sebuah kereta memerlukan petrol untuk bergerak!. Kekurangan air di
dalam badan akan menyebabkan badan kita dehidrasi yang mengakibatkan badan
menjadi lemah, letih dan lesu. Sebab itulah badan kita memerlukan air yang
mencukupi setiap hari akibat pengeluaran air daripada proses perkumuhan,
pernafasan dan perpeluhan.
BERAPA BANYAK AIR YANG DIPERLUKAN SETIAP HARI?
Anda berasa tiba-tiba dahaga? Signal itu mungkin menunjukkan anda
telah terdehidrasi. Berapakah jumlah pengambilan air seharian anda? Mengikut
kajian oleh Institute
of Medicine seorang
lelaki dewasa memerlukan 3 liter air, manakala seorang wanita memerlukan
sebanyak 2.2 liter air sehari. Namun pengambilan air yang amat disarankan dan
terbaik untuk anda adalah air putih!. Apakah kaedah senang untuk anda menyukat
pengambilan air. Anda boleh gunakan sukatan air botol mineral water saiz
sederhana 600ml. Bagi lelaki anggaran 5 botol air dan wanita 4 botol air.
Setiap hari badan kita akan kehilangan air melalui pernafasan,
berpeluh dan pembuangan urine. Supaya badan kita dapat berfungsi dengan baik
adalah penting kecukupan air di dalam tubuh badan kita, lebih-lebih lagi dengan
cuaca panas dan kering, melakukan senaman atau anda penggemar minuman kafein
yang tegar.
FUNGSI AIR
Antara punca anda letih dan lesu adalah kerana anda kekurangan
air! Atau air kencing berwarna kuning pekat juga adalah indikasi anda juga
kekurangan air. Apakah fungsi air dan kepentingannya?
·
Air sebagai Pelincir
Air memainkan peranan sebagai pelincir untuk sistem penghadaman
dan juga sistem yan lain. Sebagai contoh, air liur membantu proses mengunyah
dan menelan makanan serta memastikan partikel makanan dapat melalui corong
esofagus dengan mudah. Ia juga bertindak sebagai pelincir di bahagian sendi dan
otot. Kekurangan pelincir di bahagian sendi akan menyebabkan geseran yang
menyakitkan individu.
·
Air Mengawal Suhu Badan
Badan kita dapat mengawal suhu badan melalui sistem perpeluhan
dari kalenjar peluh ke luar kulit yang menyebabkan kesan sejuk ke atas tubuh.
Pergerakan air di dalam sistem selular badan kita amat penting kerana nutrien
penting di bawa melalui plasma darah yang 92% daripadanya adalah air. Plasma
darah memainkan peranan penting dengan mengawal pH tubuh badan kita dan
keseimbangan osmotik sekaligus mengubah suhu badan.
·
Air Membuang Toksin Terkumpul
Toksin yang terkumpul disingkirkan melalui peluh dan air kencing
kita. Ia juga membantu sistem penghadaman dengan mengurangkan sembelit. Jadi,
bahan buangan dapat dikeluarkan dari badan dengan mudah. Toksik yang terkumpul
dalam badan jika tidak dikeluarkan boleh mengundang pelbagai penyakit.
·
Air Membawa Nutrien Penting
92% komposisi darah terdiri daripada air dan fungsi darah adalah
mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh sel badan. Nutrien daripada
pengambilan suplemen dan makanan dipecahkan dalam bentuk larut air dan dapat
menembusi dinding usus melalui kapilari serta menyerap ke dalam darah. Nutrien
dan oksigen ini akan diangkut dan disebarkan ke seluruh organ di dalam badan.
Kerana itulah pengambilan air yang mencukupi dapat memaksimumkan penyerapan
nutrien ke dalam tubuh badan kita.
·
Air Kekalkan Keremajaan Kulit
Mengambil air yang banyak seperti disarankan boleh mencantikkan
kulit dan menghilangkan kedutan wajah kerana memberi kelembapan kepada kulit.
Oleh itu, tidak dapat dinafikan air adalah pelembab wajah yang paling berkesan.
·
Air Membantu Mengurangkan Berat Badan
Kajian American
Chemical Society menyatakan
orang dewasa yang minum dua gelas air kosong sebelum sarapan, makan tengah hari
dan makan malam dapat mengurangkan pengambilan 75 hingga 90 kalori dalam setiap
hidangan dan dapat mengurangkan purata 11 kilogram berat badan berbanding
kumpulan yang tidak minum air.
Begitulah hebatnya kuasa air yang dikurniakan Allah SWT kepada
manusia.
Jika anda ingin mendapatkan mendapatkan supplemen Produk Shaklee, saya adalah pengedar sah Shaklee Kuantan. Hubungi saya:

011-2194 1035
Airis Rissa-Pengedar SHAKLEE Kuantan, Pahang
ID: 967801
Page: Top Natural Supplements
FB : Airis Rissa

011-2194 1035
Airis Rissa-Pengedar SHAKLEE Kuantan, Pahang
ID: 967801
Page: Top Natural Supplements
FB : Airis Rissa
Email: airis.rissa@gmail.com
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen anda.