Tips Kesihatan Dan Kecantikan

TIPS PENYUSUAN BAGI IBU BEKERJA

Assalamu'alaikum dan Selamat Sejahtera ibu-ibu yang hebat.

Bagaimana merasai pengalaman menjadi ibu? menyusukan bayi? Tentu saja satu pengalaman terindah yang tidak terungkap dengan kata-katakan. wahhh..bermadah pulak.:) Cuti berpantang dah pun habis. 

Tentu merungsingkan ibu-ibu yang bekerja memikirkan mengenai STOK SUSU agar mencukupi untuk bayi kesayangan dan kemanjaan anda. Di sini antara tips atau panduan untuk ibu yang berkerjaya.



1. Sebelum mula bekerja, buat perahan susu dua atau tiga minggu, lagi elok sebulan sebelum masuk kerja.

2. Tandakan TARIKH dan MASA pada botol susu setiap kali sesi perahan. Jangan lupa labelkan NAMA bayi anda.

3. Selepas menyusukan bayi, perah susu yang selebihnya dan simpan dalam botol yang bersih.

4.Sekiranya buah dada anda masih terasa berat atau penuh walaupun selepas sesi penyusuan, anda boleh lakukan perahan dan menyimpan susu tersebut.

5. Di tempat kerja, lakukan perahan susu sekurang-kurangnya setiap 3 jam. Simpan di dalam peti sejuk atau bekas yang mengandungi ais.

6. Jangan dicampurkan susu yang baru diperah dengan susu perahan yang lama.

7. Sebelum menggunakan susu perahan tadi, biarkan susu kembali ke suhu bilik. Atau menggunakan steamer khas untuk pemanasan susu ibu ataupun ke dalam semangkuk air panas.

8. Jangan sesekali menggunakan microwave atau memasak susu ibu. Ini akan mengakibatkan kehilangan komposisi nutrien.

9. Sekiranya anda kerap bekerja luar atau out-station, anda boleh membekukan susu perahan. Seterusnya perlahan-lahan panaskan susu dalam mangkuk mengandungi air panas sehingga mencapai suhu bilik.

10. Susu ibu yang telah digunakan hendaklah dihabiskan. Jangan simpan atau dibekukan semula baki susu tersebut.

11. Jangan stress. Tekanan akan menganggu pengeluaran susu ibu. Relax dan happy :). Bayangkan wajah anak anda.

Ingat ye si ibu. Untuk kekal mendapatkan bekalan susu untuk bayi anda, perlu kerap melakukan sesi perahan atau kerap menyusukan anak. Lagi tinggi dan kerap anda menyusukan bayi anda, lagi tinggi peluang bekalan susu untuk bayi anda adalah mencukupi. Lagi tinggi Permintaan, lagi kuat Penawaran.

 Anda adalah ibu yang HEBAT kerana SABAR dan TABAH anda dalam menyusukan bayi anda! Jangan lupa memerah susu walaupun bekerja ye..Selamat Maju Jaya :)



Untuk konsultasi percuma atau ingin mendapatkan suplemen Shaklee, hubungi :


011 - 1332 - 9787
Airis Rissa
ID: 967801
Page: Top Natural Supplements   
FB : Airis Rissa                                            

Email: airis.rissa@gmail.com      
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos


No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda.