Tuesday, 14 October 2014

3 Tips Kehamilan

Apakah yang perlu saya lakukan untuk memastikan bahawa bayi saya sihat? Persoalan itu seringkali difikiran ibu-ibu terutama untuk yang baru menjadi ibu pertama kalinya. Berikut tips kehamilan untuk rujukan anda.

1. VARIASIKAN PEMAKANAN ANDA

Pilihan pemakanan  yang pelbagai akan memastikan anda mendapat nutrien yang mencukupi.  Bagi ibu hamil memerlukan tambahan 300 kalori sehari berbanding wanita tidak hamil. Pernahkah anda  mendengar, ibu yang hamil makan untuk dua orang?. Penambahan keperluan kalori penting bagi memastikan perkembangan dan pertumbuhan bayi yang sihat. 


Untuk memastikan bayi yang sihat,anda disarankan untuk mengelakkan makanan mentah seperti daging//ayam/ikan yang dimasak separa masak untuk mengurangkan peluang keracunan makanan yang boleh menyebabkan keguguran.  Anda juga perlu mengelakkan mengambil pemanis tiruan. Apa kata anda gantikan pemanis tiruan kepada buah-buahan yang tentunya natural dan menyihatkan. Tetapi, pastikan juga ye cara basuhan buah/sayur hendaklah betul dan bersih. 

Bagi perkembangan otak bayi, ibu hamil memerlukan sumber-sumber daripada Omega-3 asid lemak. Jika sepanjang kehamilan, anda alahan kepada ikan atau makanan laut, ibu disarankan mencari pengganti sumber kepada kapsul minyak ikan yang mengandungi  Omega-3 asid lemak, DHA dan EPA. Walau bagaimanapun pada trimester pertama, elakkan mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan vitamin A dan retinol yang boleh memudaratkan bayi anda. 



2. PASTIKAN ANDA MENGAMBIL VITAMIN/SUPLEMEN

Untuk mengatasi loya atau mual paling biasa dalam trimester yang pertama, anda boleh sediakan teh halia untuk melegakan perut dan mengurangkan loya atau mengambil vitamin B6 atau multivitamin dalam dos yang disyorkan 10 hingga 25 miligram tiga hingga empat kali setiap hari. Dengan mengambil suplemen/ vitamin semasa kehamilan, dapat mengurangkan simptom alahan yang teruk. Walau bagaimanapun anda dinasihatkan berjumpa doktor terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang suplemen tambahan semasa kehamilan.

Semasa kehamilan, anda mungkin akan berhadapan dengan masalah sembelit, buasir dan sakit belakang disebabkan peningkatan berat badan anda.  Kekurangan Vitamin C dan Omega-3 asid lemak akan mendorong anda kepada masalah gusi yang lebih sensitif dan sakit sendi. 

Selain itu, mengambil multivitamin dan mineral yang mengandungi zat besi (30 miligram setiap hari adalah ideal untuk mencegah anemia) dan Vitamin B-Complex, termasuk asid folik (400 mikrogram setiap hari adalah disyorkan untuk membantu mencegah kecacatan kelahiran seperti spina bifida dan anencephaly). Keperluan Vitamin D mengelakkan beberapa masalah semasa mengandung dan mengurangkan risiko kelahiran bayi low-birth-weight .



3. SENAMAN RINGAN

Bagi ibu hamil yang tiada komplikasi kehamilan, anda boleh melakukan sedikit senaman ringan seperti berjalan, yoga atau berenang ataupun senaman yang mendapat nasihat daripada doktor. Elakkan melakukan senaman yang berat yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada anda dan bayi anda. 


Perlu diingatkan bahawa hormon elastin yang dikeluarkan semasa mengandung, akan membuat sendi anda kurang stabil dan berisiko mengalami kecederaan. Disebabkan itu, ibu hamil tidak digalakkan melakukan senaman yang boleh memberikan risiko dan kecederaan kepada ibu berisiko.

Faedah bersenam ketika mengandung :

- Risiko untuk mengalami masalah tekanan darah adalah rendah.

- Meningkatkan pemulihan selepas bersalin.

- Meningkatkan stamina.

- Mengurangkan kekejangan yang sering berlaku semasa mengandung.

- Mengurangkan risiko sakit belakang (back pain).

- Mengurangkan risiko penambahan berat badan selepas bersalin.  

- Mengurangkan risiko daripada kemurungan.

- Memudahkan proses melahirkan anak.


Lakukan senaman yang paling selamat untuk anda. Sentiasa merujuk kepada doktor untuk aktiviti senaman anda. 


Untuk dapatkan vitamin atau produk Shaklee,bolehlah hubungi saya:



011-2194 1035 - Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
SID : Airis Rissa
ID : 967801
Page: Top Natural Supplements   
FB : Airis Rissa                                            
Email: airis.rissa@gmail.com      
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen anda.