10 KEBAIKAN SUSU IBU
1. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi kerana ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi anda.
2. Susu ibu mengandungi kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang dapat melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
3. Susu ibu juga mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut pada bayi.
4. Susu ibu mengandungi zat nutrisi yang penting untuk perkembangan otak si bayi.
5. Mengelakkan pencemaran akibat daripada kaedah menyediakan penyusuan yang lain.
6. Menjimatkan masa dan kos. Susu ibu mudah diperolehi dan dinikmati oleh bayi anda pada bila-bila masa. Tidak perlu untuk membeli susu formula, tiada masalah bancuhan atau memanaskan susu.
7. Susu ibu telah terbukti memberikan khasiat yang terbaik untuk bayi.
8. Dakapan si ibu dapat memberikan ketenangan dan keselesaan pada si bayi.
9. Pelukan si ibu dapat menjalinkan hubungan kasih sayang antara bayi dan ibu berbanding kaedah penyusuan yang lain.
10. Penyusuan Ekslusif sehingga tempoh 2 tahun memberikan pertumbuhan bayi keseluruhannya dengan baik.
Semoga ibu-ibu di luar dapat pastikan bayi anda cukup keperluan nutrisi kerana apa yang anda makan, apa yang anda ambil disalurkan kepada bayi. Susu badan terbentuk daripada makanan yang masuk ke dalam tubuh. Beri peluang kepada bayi anda untuk menikmati susu yang bermutu daripada si ibu.
Untuk dapatkan suplemen Shaklee, anda boleh hubungi saya :

011-2194 1035
Airis Rissa
967801
Page: Top Natural Supplements
FB : Airis Rissa
Email: airis.rissa@gmail.com
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen anda.