Apakah yang dimaksudkan krisis pemulihan @ healing crisis? Sesetengah orang akan melalui suatu jangka masa penyesuaian apabila mula mengambil suplemen / makanan pelengkap. Simptom-simptom ini kelihatan seperti penyakit tetapi sebenarnya tidak. Ianya adalah tindak balas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Apabila makanan berkhasiat dibekalkan dengan mengejut oleh suplemen, krisis pemulihan terjadi.
Sewaktu jangkamasa penyesuaian, ada kemungkinan penyakit-penyakit yang pernah dilalui tubuh dahulu akan timbul kembali. Biasanya ia akan terjadi untuk beberapa hari. Walau bagaimanapun, tubuh yang lemah akan mengambil masa yang lebih lama untuk pulih. So...kenalah bersabar.
Kenapa ia terjadi? Keadaan ini disebabkan oleh toksin yang telah bertimbun di dalam tubuh kita untuk jangka masa yang sekian lamanya seperti sisa-sisa, makanan berkimia, lemak dan stress ditambah pula dengan diet yang tidak seimbang, kurang tidur, antibiotik atau pengambilan ubat-ubatan. Suplemen dietary membantu mempertingkatkan sistem imun kita, kebolehan detoksifikasi serta pengawalan organ-organ kita.
Pada waktu detoksifikasi ini, ada kemungkinan kita berasa pening, kelesuan, sakit kepala, ketidakhadaman (perut kembung @ berasa lapar), cirit-birit, kahak berlebihan, kencing yang keruh, berasa hangat, berpeluh dan lain-lain healing crisis. Namun, simptom2 ini berbeza antara individu-individu yang lain dan akan berlaku dalam tempoh 1 - 2 minggu. Ianya bergantung kepada tubuh badan setiap individu itu sendiri.
Cara Atasi
Di waktu jangka masa krisis pemulihan ini, minumlah banyak air putih bersih, rehat secukupnya dan makanlah lebih banyak sayuran dan buahan. Selagi mana kita memahami ini adalah simptom pemulihan, kita akan mudah melalui fasa ini.
Berikan tubuh badan untuk menyesuaikan diri dengan suplemen yang kita ambil. Namun diingatkan, sebarang suplemen yang diambil perlulah mendapat nasihat doktor sekiranya anda mempunyai penyakit. Diingatkan juga, suplemen bukanlah ubat. Ianya adalah makanan pelengkap bagi menampung keperluan nutrisi anda.
Nak dapatkan supplement Shaklee? Nak tahu produk-produk Shaklee? Bukan supplemet jer tau :). Nak jadi ahli Shaklee? Hubungi saya :
Airis Rissa (ID 967801)
011-1332-9787
airis.rissa@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen anda.