Assalamualaikum wrm.wbt.
Saya share kelebihan ciuman dan senyuman terhadap ahli keluarga kita yang juga rahsia kebahagiaan bekeluarga. Setiap daripada kita akan impikan keluarga sakinah dan redha Allah SWT.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan org yg menyukai kanak2.
Barangn siapa keluar ke pekan & membeli barang-barang &
kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak2nya, nescaya mendapat rahmat daripada
Allah & tidak diseksa di akhirat kelak.
Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat
mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dengan
wujudnya sifat suka mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan
sebati ke dalam otak kita sekaligus mesej yg mengatakan "aku syg anak aku"
akan tersemat terus ke dlm jiwa.
FADHILAT MENCIUM SUAMI
Bila isteri salam & mencium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si
isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri
juga akan dapat pahala. Suami pun mendapat pahala juga kalau di kucup dahi
isteri.
Satu lagi perkara yg ramai isteri tidak sedar ialah tabiat
tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa
tidur berbantalkan lengan suami & dalam dakapan suami, boleh
membuatkan hati suaminya luluh.
FADHILAT MENCIUM ISTERI
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut
sebagai satu perkara yg baik, bahkan dpt memberikan pahala kpd suami.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh
suami mereka. Hati yang gelisah dan gundah, akan menjadi bahagia. Gelap kesedihan,akan menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini
menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.
Maka,seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin @
mendirikan rumahtangga. Kerana jika tdk diamalkan sekarang, agak kekok pula
bila dah beranak-pinak nanti. Rugilah mereka yang sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan.
Marilah kita berdoa semoga Allah SWT melindungi keluarga kita dan memberkati perjalanan kehidupan kita semua.