Sunday, 9 November 2014

Kepentingan Omega-3, DHA dan EPA

Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak Omega-3 yang menggabungkan DHA dan EPA yang amat penting bagi manusia kerana tubuh manusia tidak boleh dihasilkan oleh badan kita sendiri. EPA dan DHA adalah nutrien yang penting dan sangat diperlukan bagi meningkatkan kesihatan.

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan  Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Perbezaan Omega Guard Shaklee

Omega Guard Shaklee adalah ultrapure, dibuat dengan begitu sempurna, penyulingan 3 peringkat secara semula jadi memberi manfaat asid lemak pada masa yang sama mengeluarkan sebatian berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat dalam ikan. Omega Guard dibuat dari ikan, bukan hati ikan yang boleh memberi kesan toksik. Pastinya ianya selamat, berkesan dan halal.
credit : Adilah Manaf
Siapa Yang Sesuai Mengambil Omega Guard

Kebanyakan daripada kita boleh mengambil manfaat dari Omega-3 yang mengandungi DHA, EPA dan ALA. Omega Guard Shaklee sesuai diambil oleh kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas,  ibu hamil, ibu menyusu, perempuan, lelaki sehinggalah peringkat warga emas. Kajian menunjukkan bahawa Omega Guard dapat membantu bagi pesakit diabetes, darah tinggi, kolesterol tinggi, kemurungan, ADHD, Autism, Alzheimer dan skizofrenia.

Manfaat Omega Guard

Menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular. EPA dan DHA menukarkan hormon yang dipanggil prostaglandin, bagi membantu aktiviti sel dan fungsi kardiovaskular yang sihat.

Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan asid lemak yang penting dalam membantu memastikan jantung, arteri dan salur darah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tidak tersumbat. Omega Guard membantu merendahkan paras trigliserida dalam badan lalu merendahkan risiko daripada terkena penyakit jantung ataupun stroke

Pertumbuhan dan perkembangan otak. DHA memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan otak janin, kanak-kanak dan warga emas. Menambah DHA dalam diet seorang ibu hamil boleh memberi manfaat untuk perkembangan otak janin. 

Baik untuk perkembangan memori dan fokus. Omega Guard adalah supplement yang sangat sesuai untuk orang yang mudah lupa atau hilang fokus kerana ia membantu dalam meningkatkan daya ingatan kita. 

Keperluan DHA  dan EPA kepada warga emas pula, kerana apabila umur kita semakin meningkat tua, badan kita akan kekurangan DHA dan EPA, yang boleh menyebabkan simptom kurang fungsi kognitif dan tumpuan/fokus. Disamping itu pengambilan supplement ini membantu bagi pesakit Alzheimer dan demensia. Walau bagaimanapun, pesakit Alzheimer dan demensia perlu juga mendapat rawatan, sokongan dan penjagaan yang baik.

Perkembangan minda dan otak. Khasiat DHA yang terkandung dalam Omega Guard dapat dinikmati oleh janin sejak dalam kandungan lagi jika ibu mengambilnya sewaktu mengandung. Ia kemudian dapat diteruskan menerusi penyusuan susu ibu jika ibu menyusu mengambilnya. Sebab itulah ramai syarikat susu bayi cuba memenuhi keperluan DHA dan EPA. Apabila mencecah umur satu tahun, mereka boleh diberikan Omega Guard.

Mengawal paras kolestrol. Omega Guard juga bertindak untuk melawan kolestrol jahat (LDL). Ia akan mengurangkan kandungan kolestrol jahat dalam darah dan meningkatkan bilangan kolestrol baik

Mengurangkan sakit sendi. Salah satu manfaat Omega Guard ialah ia juga bersifat anti-radang. Banyak kajian menunjukkan supplemen minyak ikan yang mengandungi DHA dan EPA amat bermanfaat dalam mengurangkan kebas dan keradangan pada sendi dan seterusnya membantu dalam merawat rheumatoid arthritis.

Mengurangkan gejala asthma. Memandangkan Omega 3 amat baik untuk melawan radang, maka pengambilan minyak ikan Omega Guard dapat membantu mengurangkan gejala selsema, asthma ataupun radang paru-paru.

Menguraikan lemak. Omega Guard mencegah pengumpulan lemak pada badan dan seterusnya mengelakkan masalah obesiti.

Selain itu, manfaat DHA dan EPA juga bertindak sebagai sumber tenaga, melindungi badan daripada kehilangan haba, mencegah kulit daripada kering dan mengelupas. Omega Guard dapat membantu melicinkan kulit dan membantu masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis dan lain-lain.

Sempena bulan promosi pada bulan ini sahaja, anda boleh menikmati pembelian 2 botol Omega Guard dengan potongan sebanyak 5%. Atau Beli 6 anda dapat FREE 1 OMEGA GUARD. Rebutlah peluang penjimatan ini dan dapatkan Omega Guard hari ni…Tentunya minyak ikan terbaik daripada Shaklee!





Dapatkan hari ini OMEGA GUARD Sekarang! Saya adalah pengedar sah Shaklee Kuantan. Hubungi saya:

011 - 1332 - 9787 - Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
Airis Rissa 
SID : 967801

Page: Top Natural Supplements   
FB : Airis Rissa                                            
Email: airis.rissa@gmail.com      
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.





Saturday, 8 November 2014

Tekak, usus & perut luka akibat mahu KURUS CEPAT

Sesetengah orang sanggup lakukan apa sahaja untuk cantik dan bergaya, tak kiralah perempuan ataupun lelaki. Pantang nampak cermin, mulalah membelek diri dan keluarlah cerita tentang diri sendiri.

Jadi, tidak hairanlah ada yang sanggup berhabisan wang ringgit untuk membeli barangan penjagaan diri, aksesori dan sebagainya. Apatah lagi, jika kerjaya mereka sendiri menuntut penampilan tampak cantik dan bergaya. Macam mana pula kalau dah jadi 'public figure'. Haaa..mereka ini mestilah kena pastikan perwatakan yang menarik, mempunyai kecantikan dan paras rupa yang segak dan tidak GEMUK!!. 

GEMUK bukan lagi jadi fobia kepada perempuan malah LEAKI juga!! Sebab takut gemuklah, sesetengah orang secara sedar atau tidak sanggup memuntahkan semula makanan yang diambil dan mengamalkan diet maut/melampau. Kebiasaan keadaan ini diistilahkan sebagai Anorexia dan Bulimia Nervosa. Kerana keasyikan nak menjadi kurus dengan cepat, mereka sanggup mendera diri sendiri menjolokkan jari ke dalam tekak dan memuntahkan balik makanan yang dah makan tu..Phewwwww...tak sanggupkan?? 



Apakah itu Anorexia/Bulimia Nervosa? 

Anorexia/Bulimia Nervosa adalah gangguan/kecelaruan tabiat makan (eating disorder) yang serius. Penghidap anorexia mengamalkan diet yang melampau manakala penghidap bulimia mengamalkan tabiat makan yang tidak sihat. Mereka akan makan makanan kegemaran dalam jumlah yang banyak dan kemudian memuntahkan semula. 

Tindakan itu bukan saja mencederakan anak tekak, tapi asid perut turut dibuang bagi memastikan tiada makanan tersisa. Tabiat kerap muntah juga menyebabkan berlaku ketidakseimbangan garam dalam tubuh (elektrolit), menyebabkan kekejangan dan degupan jantung yang tidak teratur.
(credit:Fatin Hafizah)

Untuk kita mengenal golongan ini, ciri utama yang boleh dikenalpasti seperti :-

1. Penolakan kepada cara menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.
2. Rasa takut keterlaluan pada jarum penimbang akibat penaikkan berat badan.
3. Persepsi imej tubuh yang menyimpang iaitu gemuk adalah hodoh dan kurus adalah 
    cantik.
4. Kurus bagi mereka adalah penting, dan kesihatan tidak menjadi perhatian utama buat 
    mereka.
5. Tanggapan bahawa penurunan berat badan dapat dicapai dengan memuntahkan semula
    makanan.
6. Mengatakan 'TIDAK' kepada makanan.


Kesan Anorexia/Bulimia Nervosa 

1. Fizikal

Kekurangan tenaga dan lemah dan sukar memberi tumpuan.
- Kulit kering dan berkedut, rambut dan kuku mudah rapuh/pecah, sembelit dan    
  kembung akibat kekurangan zat. Kekurangan mineral dan vitamin juga boleh
  menyebabkan penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang.
- Gangguan kitaran haid/tidak datang haid dan cenderung dehidrasi.
- Kerosakan gigi dan gusi.
- Daya ingatan yang lemah.
- Pening, pengsan, dan sakit kepala.
- Pertumbuhan rambut halus di seluruh badan dan muka.
- Penghidap Anoreksia juga akan mengalami gangguan degupan jantung, rembesan hormon
   terjejas, kemandulan, tulang rapuh, ketidakseimbangan bahan galian dalam badan dan 
   gangguan pada sistem saraf.

2. Emosi

Rasa rendah diri, tidak berharga, sensitif, mudah tersinggung, mudah marah, rasa bersalah, kehilangan minat untuk berinteraksi, tidak yakin pada diri dan mengalami tekanan berpanjangan serta beranggapan diri gemuk!.

3. Psikologi

Simptom kemurungan/depresi, kecelaruan emosi, mengasingkan diri, kesepian, rasa tidak selamat, tekanan untuk menjadi sempurna, obses, cemas, hilang nafsu seks, atau perasaan di luar kawalan seperti cubaan membunuh diri.

Anoreksia boleh menyebabkan kematian akibat kelaparan atau cubaan membunuh diri. 

Rawatan dan pemulihan diberikan adalah dengan menerangkan kepada mereka mengenai pemakanan secara sihat dan seimbang diiringi latihan senaman betul untuk jangka masa panjang.





Rawatan 

Bagi kes yang serius, kemasukan ke wad diperlukan bagi rawatan yang berkesan. Ini termasuk membetulkan ketidakseimbangan cecair dan bahan galian dalam badan, serta mengembalikan status pemakanan kepada tahap yang normal dan sihat. Pegawai pemakanan dapat membantu merangka satu kaedah pemakanan yang seimbang lagi sihat agar berat badan dapat dicapai dengan jayanya.
Rawatan kognitif dan tingkah-laku berkesan dapat membantu dalam membetulkan salah tanggapan berkaitan cara pemakanan. Terapi keluarga membantu ke arah pemulihan. Ubat- ubat khusus juga digunakan untuk merawat penyakit mental yang berkaitan.
Cara Pencegahan
Memaparkan bentuk dan susuk badan wanita secara realistik di media massa sangat penting kerana ia mempunyai pengaruh yang kuat kepada remaja dan dewasa muda. 
Memiliki susuk badan yang terlalu kurus tidak harus digalakkan untuk paparan di media-media. Keyakinan dan harga diri yang baik serta hubungan kekeluargaan yang positif dapat membendung masalah kecelaruan gaya pemakanan yang tidak sihat.
(credit:Fatin Hafizah)
Pemulihan
Pendidikan mengenai pemakanan secara sihat dan seimbang diiringi dengan latihan senaman yang betul dapat membantu pemulihan jangka panjang. Kemahiran-kemahiran lain seperti pembinaan harga diri yang baik, memperbaiki perhubungan keluarga yang positif dan memperkukuh jalinan sokongan psikososial juga sama penting
Berjauhan atau elakkan dari orang, tempat dan aktiviti-aktiviti yang mencetuskan obsesi untuk menjadi kurus. Hindari melihat fesyen majalah, rakan-rakan yang membicarakan tentang kurus itu cantik dan diet, dan bercakap mengenai turun berat badan dengan cepat.

Shaklee bantu cara KURUS dengan SIHAT

Supplement Shaklee adalah pilihan DIET yang selamat dan berkesan mengikut kepada consistency dan tindak balas badan.

Bagi SET KURUS Shaklee dengan 3 konsep iatu BAKAR, BUANG dan BINA yang terdiri:
  • Lecithin -berfungsi sebagai pemecah lemak bakar pelarut kolesterol dan lemak tepu yang lain. Lecithin menyebabkan lemak terapung dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat semula pada badan. Lecithin mampu membakar lemak dengan cepat jika disertakan dengan senaman. Pengambilan Lecithin 4000mg pasti membuahkan hasil yang diidamkan.
  • Omega Guard - Asid Lemak Omega-3 membantu anda mengawa rasa lapar dengan menstabilkan paras gula dalam darah dan membantu membakar lemak dan memecahkan lemak berlebihan dalam badan. Mengawal kolesterol dan membuang kolesterol tidak perlu.
  • Herb Lax - Tunggak kepada kuruskan badan ialah usus yang bersih. Herb-Lax detox usus, mencuci usus dan buang toksik di usus.
  • Alfalfa - membuang lemak yang telah dipecahkan oleh lecithin. Merupakan agen penyahtoksin.
  • Cinch Shake - Merupakan kaya dengan protein. Cinch Shake memberi rasa kenyang yang lebih lama. Pengambilan protein mengawal nafsu makan. Protein sangat diperlukan bagi meningkatkan metabolisme dan meningkakan pembinaan otot bagi menggelakkan kulit menggeleber. Dalam Cinch Shake ada 'LEUSINE' membantu menghilangkan dan membakar lemak dan pada masa yang sama memelihara otot.
  • Cinch Energy Tea - Memberi tenaga, kecergasan dan meningkatkan metabolisme. 1 sacet  ditambahkan dengan madu atau Performance Drink Shaklee untuk rasa yang lebih sedap.
  • Vita-Lea - Merupakan sumber mineral dan 28 jenis vitamin. Bagi penghidap Anorexia/Bulimia Nervosa, akibat diet yang melampau atau tabiat makan yang tidak sihat, Vita-Lea dapat menampung semula keperluan vitamin dan mineral daam tubuh badan mereka.
  • B-Complex - Bertindak sebagai agen anti-stress.
Mereka yang mengalami anorexia/bulimia nervosa  perlu mendapat rawatan dan sokongan bagi mendapatkan keyakinan diri semula. 

Jika tidak dirawat, pesakit anorexia/bulimia nervosa boleh merosakkan kesihatan dan juga mengancam nyawa sehingga boleh membawa MAUT!. Maka, pilihlah cara kurus dengan SIHAT dan SELAMAT. Love your self, ok :)
Jangan biarkan anorexia/bulimia nervosa menganggu nikmat hidup anda.
Dapatkan hari ini SET KURUS SHAKLEE Sekarang! Saya adalah pengedar sah Shaklee Kuantan. Hubungi saya:


011 - 1332 - 9787 - Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
Airis Rissa 
SID : 967801

Page: Top Natural Supplements   
FB : Airis Rissa                                            
Email: airis.rissa@gmail.com      
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos

Wednesday, 5 November 2014

Testimoni Pengguna SET RESDUNG/ALAHAN/EKZEMA/ASTHMA

Saya kongsikan testimoni pengguna yang telah menggunakan Set Resdung Shaklee. Jika kita konsisten mengambilnya, Insya Allah, dapat mengurangkan masalah resdung anda. Set Resdung juga berfungsi untuk masalah alahan/ekzema dan asthma.

Testimoni 1 - Resdung/alahan habuk/cuaca sejuk - Nutriferon



Testimoni 2 - Alergic seafood/resdung - Alfalfa

Testimoni 3 - Hidung tersumbat/resdung - Nutriferon, Alfalfa, 3Gem

Testimoni 4 - Alahan/alergic seafood - Alfalfa

Testimoni 5 - Alahan - Nutriferon, Alfalfa, Vitamin C



Testimoni 6 - Resdung - Set Resdung

SET RESDUNG


Jangan biarkan masalah resdung/alahan/ekzema/asthma menganggu nikmat hidup anda.
Dapatkan Sekarang SET RESDUNG/ALAHAN/EKZEMA/ASTHMA SHAKLEE Hari Ini! Saya adalah pengedar sah Shaklee Kuantan. Hubungi saya:




011-2194 1035 - Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
Airis Rissa
SID : 967801

Page: Top Natural Supplements   FB : Airis Rissa                                            
Email: airis.rissa@gmail.com      
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos



13 TIPS Atasi Masalah Alahan

Bagi mengatasi masalah alahan/ekzema/resdung, amalkan tips-tips berikut :

TIPS 1

Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan hamster.

TIPS 2

Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik/tiruan.

TIPS 3

Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang. Basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

TIPS 4

Guna vacum yang baik dan mempunyai penapis yang baik.

TIPS 5

Pengambilan suplemen tambahan sebagai bantuan kepada alahan yang teruk.

TIPS 6

Kurangkan penggunaan permaidani dan st sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.

TIPS 7

Bagi katil tingkat, berhati-hati dengan katil di bawah kerana habuk yang terdapat pada tilam.

TIPS 8

Selalu basuh tuala dan pakaian sehingga bersih. Bagi alahan sabun, gunakan pencuci sabun berasakan organik.

TIPS 9

Jangan simpan pakaian pada almari yang terbuka yang terdedah kepada habuk. Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.

TIPS 10

Gunakan kain yang lembab untuk mengelap barangan alat perkakas rumah.

TIPS 11

Menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah.

TIPS 12

Elakkan pada makanan yang memang alah terhadap makanan tersebut.

TIPS 13

Bersihkan hidung dengan kerap iaitu berselawat dan gunakan jari yang kecil, bersihkan perlahan-lahan. Masukkan sedikit air ke dalam hidiung dan hembuskannya keluar. Lakukan 5 kali sehari setiap kali mengambil wudhuk.

Ingin Dapatkan SET RESDUNG/ALAHAN/EKZEMA SHAKLEE Hari Ini! Saya adalah pengedar sah Shaklee Kuantan. Hubungi saya:



011-2194 1035 - Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
Airis Rissa
SID : 967801

Page: Top Natural Supplements   FB : Airis Rissa                                            
Email: airis.rissa@gmail.com      
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos


Bahaya RESDUNG Menyebabkan Buta

Percaya atau tidak, Resdung boleh menyebabkan seseorang itu menjadi BUTA? Namun lazimnya kita menganggap gejala  resdung adalah biasa yang tidak perlu dirawat. 



Resdung atau sinusitis ialah keradangan atau bengkak tisu selaput sinus. Kebiasaannya, rongga sinus dipenuhi dengan udara, tetapi apabila sinus tersumbat dan dipenuhi dengan cecair, kuman, bakteria, virus dan kulat boleh tumbuh dan menyebabkan jangkitan. Malah, jangkitan resdung ini boleh merebak  ke bahagian otak dan mata yang akhirnya menyebabkan seseorang menjadi buta.

Punca Masalah Resdung

Pengidap resdung biasanya akan sering mengalami gatal-gatal, kerap bersin, berhingus, berkahak, dan sakit kepala terutama pada waktu pagi serta mata sering berair dan bau busuk dalam hidung. Berdasarkan  Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan-makanan tertentu.

Kegagalan merawat alahan itu akan membawa kepada resdung dan penyakit-penyakit yang lebih berbahaya di dalam rongga sinus. Walau bagaimanapun, pengidap resdung atau sinus yang kronik, perlulah berjumpa doktor pakar bagi rawatan yang lebih baik. 

Atasi Masalah Resdung Dengan SET RESDUNG Shaklee

1. Nutriferon

Nutriferon meningkatkan secara semulajadi pengeluaran interferon dalam badan iaitu pertahanan badan terhadap virus, bakteria, parasit yang boleh menyebabkan kegatalan kepada masalah resdung. Para saintis telah mengenalpasti interferon sebagai penting untuk fungsi imun yang sihat. 

2. Alfalfa Complex

Alfalfa merupakan sumber klorofil yang dapat berfungsi mengurangan keradangan gejala resdung atau sinusitis, gegata dan alergik.

Namun, bagi "penyakit auto imun" seperti multiple sclerosis (MS), systemic lupus erythematosus (SLE), rheumatoid arthritis (RA) tidak digalakkan mengambil Alfalfa kerana ia boleh menyebabkan sistem imun untuk menjadi lebih aktif. Bagi ibu mengandung, dan wanita yang mengambil pil ekstrogen juga disarankan untuk mengambil alfalfa dalam dos yang kecil.

3. B-Complex

B Complex mengandungi B6 iaitu penting untuk pemuliharaan selaput lendir (mengelakkannya dari mengganggu ruang pernafasan). Membantu pengeluaran antibodi badan, membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh. Vitamin B-Complex juga berfungsi sebagai anti stress kepada kepada individu akibat kehadiran resdung.

4. Vitamin C

Setiap hari kita terdedah kepada radikal bebas. Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan yang menghapuskan radikal bebas yang mengakibatkan kerosakan sistem imun yang boleh menyumbang kepada masalah resdung/ sinusitis.

Vitamin C mengurangkan tahap keterukan jangkitan pernafasan sekaligus mengurangkan gejala resdung.



Jangan biarkan Masalah Resdung menganggu kehidupan anda. 
Jangan ambil mudah dengan RESDUNG yang anda alami! Mencegah lebih baik dari mengubati.

Dapatkan SET RESDUNG SHAKLEE Hari Ini! Saya adalah pengedar sah Shaklee Kuantan. Hubungi saya:




011-2194 1035Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
Airis Rissa
SID : 967801

Page: Top Natural Supplements   FB : Airis Rissa                                            

Email: airis.rissa@gmail.com      
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos


Monday, 3 November 2014

Kepentingan DETOX

DETOX...Kita selalu sahaja menyebut mengenai detox. Apakah kelebihan detoksifikasi badan dan mengapa ia diperlukan? Mengapa detox menjadi penting kepada kita?



Akibat daripada tabiat pemakanan dan gaya hidup kita pada masa kini, kita sering terdedah kepada bahan-bahan pencemaran dan tabiat makanan kita seperti makanan segera (fast food), merokok, sayur dan buah yang tercemar dengan bahan-bahan kimia menyebabkan kesihatan kita akan terganggu. 

Akibatnya, kuasa melawan penyakit akan menurun disebabkan sistem imunisasi badan yang lemah. Keadaan ini boleh meyebabkan pengumpulan toksik pada badan kita. Apa kaitannya detox dan toxin ni? Cuba semak, adakah anda mempunyai toksin yang berlebihan. Apakah akibatnya jika kita membiarkan toksin di dalam badan tanpa dinyahtoksinkan?

Apakah itu Detox?

Detox adalah penyahtoksik badan iaitu proses membersihkan dan menyingkirkan toksik dalam badan manusia atau lebih senang diistilahkan sebagai 'buang toksin'. Kebiasaanya, proses detox berlaku secara semulajadi melalui proses perkumuhan, pembuangan air besar dan perpeluhan. 

Sekiranya badan kita gagal untuk detox secara semula jadi, kita akan lebih terdedah kepada pebagai penyakit seperti keletihan, insomnia, sakit perut, gangguan pergerakan usus, dan juga kembung. Sistem imunisasi kita juga akan terganggu dan mudah sakit seperti demam, selsema dan elergi.

Usus dan hati adalah organ manusia yang terlibat semasa proses detox. Segala penyerapan nutrient kita berlaku di usus  dan bukannya di perut. Tugas perut hanyalah untuk digest makanan supaya jadi lumat. Segala vitamin dan mineral yang kita ambil,  akan diserap melalui usus kecil dan dibawa ke salur darah kita.



Tapi, bagaimana pula jika tidak pernah menyahtoksikan atau detox tubuh badan kita? Segala kekotoran akan melekat pada usus kecil, jika kita tidak membersihkan usus kita, usus akan menjadi kotor dan toksik. 

Samalah seperti halnya dengan kereta. Kita akan selalu melakukan servis kereta dari semasa ke semasa bagi memastikan kereta kita in a good condition kan?. Begitu juga dengan badan kita. Sebab itulah pentingnya kita detox bagi tujuan membersihkan usus.

Kelebihan Detox

1. Beri tenaga dan fokus
2. Berat badan yang sihat
3. Kulit yang sihat dan nampak lebih segar
4, Meningkatkan keadaan emosi kita
5. Kesihatan bertambah baik,
6. Meningkatkan sistem kekebalan badan

Apakah itu Toxin (toksin)?

Toxin atau toksik adalah bahan buangan beracun dan kekotoran yang boleh membahayakan sistem tubuh badan manusia. Dari mana toksik ini datang? 

Toksik ada disekeliling kita. Berpunca daripada pencemaran, asap rokok, asap kenderaan, debu-debu jalanan, habuk yang berterbangan di udara, sabun pencuci, bahan makanan dan minuman yang telah dicampur dengan bahan-bahan kimia seperti bahan pengawet, perisa tambahan, bahan pewarna  dan sebagainya. 

Kesannya menyebabkan darah berasid, sistem perjalanan darah terjejas dan mengundang penyakit-penyakit kronik seperti strok, darah tinggi, diabetes dan sakit jantung.

Tanda-tanda anda perlu Detox

Adakah anda mengalami masalah-masalah ini. Jom kita check antara masalah-masalah yang sering di alami akibat pengumpulan toksin yang berlebihan seperti :
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Letih dan tiada tenaga
  • Perut kembung dan bergas
  • Nafas berbau
  • Perut berlipat
  • Keinginan makan berlebihan
  • Kulit berminyak, berjerawat dan kusam.
  • Bahagian keliling mata, celah peha, bawah lengan menjadi gelap.
  • Selulit
  • Selalu sakit disebabkan daya imunisasi yang lemah
  • Peredarah darah yang lemah
Jika anda kerap mengalami simptom-simptom di atas, itu tandanya anda perlu menyahtoksikan/detox badan anda.

Kenapa kita perlu detox? 

Setiap hari kita terdedah dengan radikal bebas, pencemaran udara yang tercemar, racun dan serangga perosak, pengambilan ubat-ubatan, stress, merokok / terdedah dengan asap rokok, makanan yang diproses dan juga pemakanan yang tidak seimbang pada zaman moden ini meninggalkan lebih banyak kesan negatif kepada sistem badan dan LONGGOKAN TOKSIN banyak terkumpul dalam tubuh badan kita. 

Sepanjang proses detoksifikasi, organ-organ dalam tubuh badan membuang toksik berbahaya yang terkumpul di dalam badan kita sekian lama. Jangan salah sangka ye, walaupun seseorang itu kelihatan kurus dan sihat, tidak semestinya badannya tidak mempunyai toksin. 

Pendedahan kepada pencemaran dan gaya hidup menyebabkan tubuh badan kita mengumpul toksin yang tidak berguna dan sekiranya tidak detox, toksin yang terkumpul boleh meninggalkan kesan yang buruk pada badan.

Dengan detox akan membantu menyingkirkan bahan-bahan yang tidak berguna di dalam badan serta mengembalikan tubuh badan yang sihat. Jika toksin tidak dihapuskan, boleh menyebabkan kerosakan dalam badan dan berpotensi menyumbang kepada pelbagai gejala dan penyakit kronik. 

Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan. Lantaran itu, amalan menyahtoksik kotoran  dalam badan penting untuk memastikan sistem badan dapat berfungsi dengan baik.



Bagaimana nak Detox?

1. Minum air kosong 

Kita semua tahu kuasa air. Kuasa air dapat melembutkan batu yang keras. Begitu juga kuasa air kepada sistem tubuh badan manusia. Minum air kosong yang banyak dapat membersihkan buah pinggang daripada segala toksin. Sbb tu, petua orang tua-tua, sejurus selepas bangun tidur pagi, minum segelas air putih. Disamping untuk awet muda dapat membersihkan buah pinggang kita.heheheh...

Bayangkanlah, kita cuma ada sepasang buah pinggang. 

Dengan hanya sepasang buah pinggang, memproses segala makanan yang kita makan, ditambahi pula dengan toksin yang kita perolehi daripada persekitaran, sudah cukup untuk membebankan buah pinggang kita. Adakah buah pinggang kita mampu tapis segala toksin dalam badan?.

Jika seseorang hanya minum sedikit air sahaja, buah pinggang akan berfungsi pada kadar yang kurang cekap dan ini menjejaskan fungsi hati yang berperanan menghasilkan metabolisme. Ini akan menyebabkan kadar pembakaran lemak badan berkurangan menyebabkan lemak semakin terkumpul di dalam tubuh. 

Oleh itu, minumlah lebih banyak air untuk mendapatkan banyak manfaat kesihatan dan kulit juga akan semakin baik. Berapa kandungan air perlu diminum adalah bergantung kepada berat badan anda. Katakanlah berat badan anda ialah 60kg, maka pengiraan keperluan air begini :

60kg (Berat badan) x 40 = 2400 ml /2.4 Liter

2. Berpuasa

Detox juga oleh dilakukan dengan berpuasa. Cara ini dapat membantu badan mejalankan proses membuang toksin secara alami. 

3. Sayuran/Buahan/Makanan organik

Lebihkan memakan sayur-sayuran kampung sepert ulam-ulaman dan buah-buahan sebagai agen detox secara semulajadi.

4. Bersenam secara kerap

Bersenam secara kerap akan meningkatkan kadar metabolisme tubuh yang seterusnya membantu pembakaran lemak. Ini bukan hanya akan memperbaiki perjalanan darah, malah juga membantu meningkatkan semangat anda. Bersenamlah secara kerap selama 30 minit, 3 hingga 5 kali seminggu untuk kebaikan maksimum kesihatan anda.

5. Bantuan supplemen SET DETOX Shaklee

Detox juga boleh dilakukan dengan mengambil suplemen tambahan seperti Phytocol-ST Shaklee, Alfalfa Shaklee, Herb Lax Shaklee dan DTX Complex Shaklee.




Phytocol-ST  
Dalam Phytocol-ST ada nutrient iaitu fitosterol yang menghalang penyerapan kolesterol. Apabila kita mengambil makanan yang mengandungi kolesterol,  fitosterol ini akan menghalang penyerapan kolesterol ke dalam salur darah. 

Apabila terlalu banyak kolesterol masuk ke dalam salur darah, akan menyebabkan penyakit seperti darah tinggi dan kolesterol yang tinggi. Kolesterol yang tinggi boleh mengakibatkan salur darah menjadi sempit yang memberi kesan kepada jantung.

Phytocol-ST Shaklee juga membantu membuang toksin dan membersihkan usus dan membuang minyak yang berlebihan. Apa yang tidak masuk di dalam usus kecil disebabkan fungsi fitosterol tadi, akan pergi ke usus besar. Semua bahan yang ada diusus besar akan dikeluarkan melalui proses pembuangan. Maka penyerapan vitamin-vitamin yang lain akan menjadi lebih baik.


Alfalfa Complex

Alfalfa Complex mempunyai kandungan vitamin, mineral termasuklah serat yang tinggi dan membantu dalam proses pembuangan agar lebih lancar dan agen penyahtoksik pada badan. Badan kita yang sangat terdedah pada pencemaran menyebabkan makin banyak toksin makin banyak berasid dalam badan. Fungsi Alfalfa ini akan meneutralkan asid dalam badan. Penyerapan Alfalfa yang sempurna memberikan badan kita lebih bertenaga dan segar.

Herb Lax
Diperbaut daripada Daun Senna. Kebaikan Herb Lax ini bagi mengatasi masalah sembelit dan penyahtoksin badan disamping mempunyai khasiat untuk usus kita supaya lebih sihat secara semulajadi. Herb Lax juga amat disarankan bagi mereka yang hendak menurunkan berat badan bagi memastikan usus dicuci bagi penyerapan vitamin-vitamin lebih berkesan.

DTX Complex

Setiap hari badan kita kita mempunyai toksin termasuklah Hati. Hati yang tidak sihat akan memberi tanda seperti mata putih berwarna kuning, air kencing berwarna kuning yang terlalu pekat, rasa letih dan loya tanpa sebab. Sekiranya mempunyai tanda-tanda seperti ini, bermakna hati banyak toksin dan tidak sihat. 

DTX Complex membantu untuk proses nyahtoksin dan men'generate'kan hati supaya lebih sihat. Amat penting bagi kita menjaga hati supaya sentiasa sihat kerana kesihatan semua organ badan mampu mengurangkan kebarangkalian untuk mendapat penyakit.

Anda nak yang mana satu? 

Jika anda ingin mendapatkan mendapatkan SET DETOX Shaklee, saya adalah pengedar sah Shaklee Kuantan. Hubungi saya:



011-2194 1035 - Pengedar Shaklee Kuantan, Pahang
Airis Rissa
SID : 967801
Page: Top Natural Supplements   
FB : Airis Rissa                                            

Email: airis.rissa@gmail.com      
COD area: Kuantan, IM, Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang, Pandan, Jaya Gading. Taman Tas.
Penghantaran ke seluruh Malaysia adalah melalui pos